Tuesday, 7 March 2017

Bahaya Kencing Manis


Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.



1. Punca Kencing Manis

Diabetes berpunca samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). Keadaan kelemahan insulin ini juga ada kerana keturunan; sekitar 3% bagi lelaki dan 2% bagi perempuan. Hampir setengah populasi yang mempunyai insulin bermasalah tidak pernah didiagnosis.


Dalam perubatan moden, belum ada ubat yang boleh menyembuhkan pesakit dari kencing manis. Namun, kawalan terhadap tahap insulin dan terapi perubatan yang lain disamping diet pemakanan yang betul mampu memberi pesakit kencing manis keadaan kesihatan yang baik dengan kesan sampingan yang sedikit, walaupun risiko kematian di kalangan pesakit kencing manis adalah lebih tinggi, berbanding jika mereka tidak menghidapinya.



2. Kesan Kencing Manis Terhadap Pesakit

Peningkatan glukosa dalam darah yang sederhana boleh menyebabkan kegagalan ginjal, merosakkan penglihatan akibat masalah salur darah dalam mata, dan halangan terhadap aliran darah ke limpa yang mengakibatkan gangren (kemerosotan sel/kematian tisu/ akibat kekurangan oksigen) dan risiko amputasi (pembuangan tisu rosak/ mati yang menghitam dan busuk) secara berterusan.


Diabetes juga meningkatkan pesakit kencing manis terhadap terhadap risiko terjadinya sakit jantung koroner dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi (lelaki), dan empat hingga lima kali ganda lebih tinggi (perempuan). Risiko strok di kalangan pesakit kencing manis juga meningkat sebanyak dua hingga tiga kali lebih tinggi.

Jika tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan koma dan kematian (kebiasaan yang dihadapi pesakit kencing manis sebelum penemuan insulin pada tahun 1921). Pada pertengahan era ke-20, sekitar 30% kandungan di kalangan wanita yang mengidapi kencing manis berakhir dengan keguguran janin dan kematian bayi selepas seminggu kelahiran, disamping risiko lebih tinggi kecacatan terhadap bayi yang selamat membesar. Kini, kadar keguguran janin bagi wanita mengandung yang mengidapi kencing manis adalah lebih rendah (sekitar 5.6%), berbanding populasi ibu mengandung normal 1.4% sahaja. Bayi bagi ibu yang menghidapi kencing manis biasanya lebih besar (gemuk) dan rata-rata bayi menghadapi kesukaran bernafas dan hypoglycaemia (gula rendah dalam darah) semasa lahir.



3. Simptom Dihidapi Pesakit Kencing Manis


Simptom biasa dikalangan pesakit kencing manis adalah penurunan berat badan akibat kehilangan air (dan cecair) dan lemak, akibat badan yang tidak berupaya memproses karbohidrat (sumber tenaga dari makanan). 



Simptom lain adalah kekerapan kencing, mengakibatkan badan hilang air lebih banyak - meningkatkan rasa dahaga, sakit otot, kegatalan di bahagian sulit, dan peningkatan risiko bernanah dan infeksi di kulit. Lebih separuh populasi pesakit kencing manis tidak pernah didiagnos sehingga beberapa tahun sehingga tahap gula dalam darah yang tinggi akhirnya dikesan sampel darah dan air kencing dalam ujian perubatan. Anda boleh ketahui cara mengambil bacaan gula dalam darah di sini >>Ketahui Bacaan Gula Dalam Darah


4. Kaedah Rawatan

Walaupun spesifik mana kaedah perubatan disyorkan, tujuan rawatan terhadap pesakit kencing manis adalah untuk memastikan kandungan glukosa dalam darah kembali ke paras normal. Kebiasaannya dengan mengawal kandungan insulin ataupun dengan memberi terapi mengurangkan glukosa. Diet pemakanan terkawal dilakukan demi memastikan kandungan hidangan dan snek dimakan pesakit kencing manis tidak membebankan insulin.








5. Diabetes  Yang Tidak Bergantung Kepada Insulin

Juga dikenali sebagai Diabetis Jenis 2. Biasanya dihidapi pesakit berumur lebih 40 tahun dan meningkat mengikut peringkat umur. Dalam kes ini, pankreas tidak menyekat pengeluaran insulin tetapi kuantiti insulin dihasilkan tidak mencukupi, atau hormon insulin sedia ada tidak mengaktifkan penyerapan glukosa dalam otot dan tisu, yang amat diperlukan badan sebagai sumber tenaga. Akibatnya, glukosa yang tidak diserap ini akhirnya terkumpul dan meningkat dalam darah dan urin (air kencing). 

Walaupun punca kegagalan insulin untuk berfungsi tidak diketahui, tapi kencing manis Jenis 2 ini dikesan menular dalam sesetengah keturunan keluarga.

Risiko kesihatan adalah seperti akibat peningkatan umur, obesiti, dan gaya hidup moden yang kurang pergerakan. Kencing manis Jenis 2 ini boleh dikawal pada peringkat awal mudahnya hanya melalui diet pemakanan seimbang, atau melalui pengambilan supplemen.

Pengambilan Vivix Shaklee sangat disyorkan untuk pesakit diabetis atau untuk individu yang mempunyai sejarah keluarga pesakit diabetis atau yang mahu mencegah diabetis. Pengambilan secara berterusan membantu mengawal kadar gula dan kesan diabetes selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas. 

Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan vivix Shaklee. Ini semuanya kuasa Allah. Kita berikhtiar dan Allah yang menentukannya.

Saya selitkan testimoni Vivix oleh pengguna yang konsisten.

Bacaan Gula Turun Selepas Konsisten Vivix
Luka Kecing Manis Kering 


Vivix adalah satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA manusiaVivix sangat bagus untuk membantu pesakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menhadapi penyakit 3 serangkai, saya syorkan amalkan Vivix Shaklee.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment