Assalamualaikum..
Hari ini saya nak buat sambungan dari entry sebelum ni yang bertajuk Awas Ancaman Kencing Manis entry kali ni saya nak terangkan pula tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes.
Hari ini saya nak buat sambungan dari entry sebelum ni yang bertajuk Awas Ancaman Kencing Manis entry kali ni saya nak terangkan pula tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes.
Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?
Saya yakin ramai antara kita yang tertanya, betul ke, nak ambil bacaan darah tak boleh makan, kena puasa beberapa jam.
Sebenarnya waktu untuk membuat ujian kadar gula dalam darah adalah bergantung kepada situasi dan keadaan seseorang individu. Biasanya terdapat 4 waktu atau situasi yang membolehkan seseorang doktor ataupun individu mendapatkan bacaan kadar gula dalam darah :
- (FBS) Fasting Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan dimana individu tersebut telah berpuasa sekurang kurangnya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
- (2HPP) 2-Hour Postprandial Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan terhadap individua selepas 2jam individu terbabit mula makan. Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.
- (RBS) Random Blood Sugar atau ujian kadar gula secara rawak ini dilakukan tanpa individu terbabit berpuasa sebelum membuat ujian. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tiggi, kemungkinan besar megidap diabetes. Tetapi ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut. Perlu ujian selanjutnya.
- (OGTT) Oral Glucose Tolarance Test yang ini ramai yag biasa dengar kan? Khas buat ibu2 hamil utk pemeriksaan samada mengidap diabetes atau sebaliknya. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk diuji uusebelum dan selepas diberi minum air gula.Diabetes merbahaya untuk ibu hamil.
Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?
Kita selalu tertanya-tanya kan? Sebenarnya bacaan kadar gula dalam darah yang diambil boleh dikategorikan kepada 3 peringkat. Bacaan ini hanya diambil kira untuk situasi Fasting Blood Sugar (FBS), 2-Hour Postprandial Bload sugar (2HPP) dan Random Blood Sugar(RSB). Untuk OGTT perlu refer jadual lain. Bila anda buat self checking di rumah, kadang tu ada yang masih kurang yakin boleh check bacaan kita based on info di bawah ni:
~ Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)
~ Bacaan dari 5.7-6.4mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)
~ Bacaan dari 6.5 mmol/L atau 126mg/dL ke atas (Diabetes)
Sila dapatkan nasihat doktor segera.
Anda kena tahu petua-petua turunkan bacaan gula diabetis. Boleh baca pada entry seterusnya. Klik di sini.
No comments:
Post a Comment