Apa itu Nephrotic Syndrome?
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, terdapat sejenis penapis halus dipanggil glomeruli di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
"Albumin adalah protein yang dihasilkan oleh hati adalah bagian terpenting dalam struktur plasma darah sehingga fungsi dari plasma darah bergantung kepada kualiti albumin dan kadar albumin yang terkandung di dalam darah"
Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA.
Proteinuria adalah kehadiran protein yang berlebihan dalam air kencing. Orang yang sihat, air kencing mengandungi protein sangat sedikit. Jika berlebihan ia akan menyebabkan penyakit protein atau ia sering menyebabkan air kencing menjadi berbuih. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.
Kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?
- Boleh berlaku pada semua peringkat umur
- Kerap berlaku pada kanak-kanak
- Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 1 1/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
- Bagi dewasa taburan jantina adalah sama
- Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis
Apakah Gejala penyakit Nephrotic Syndrome?
- Bengkak atau sembab anggota badan (Oedema)
- Kencing berdarah (Haematuria)
- Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan (Oliguria)
- Kencing berbuih dan berbau busuk
- Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
- Kesihatan keseluruhan menurun
Apa itu Oedema?
Oedema merupakan tanda-tanda awal Neprotic Syndrome dan berlaku di dalam 95 – 99% kes.
Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudiannya.
Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites).
Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkala terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulit
Apa itu Haematuria ?
Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop
Apa itu Oliguria ?
Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu menambah kefahaman kita tentang penyakit ini dan diharap artikel ini memberi manfaat dan menambah pengetahuan kita bersama, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment