Tuesday, 14 March 2017

Kenali Cyst dan Fibroid

Ovarian cyst dan fibroid 

Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya adalah sejenis ketumbuhan. Ramai antara kita yang menyangka Cyst (Ovarian cyst) dan Fibroid ( Uterine Fibroids ) adalah benda yang sama . Tetapi sebenarnya ianya adalah berbeza. Apa yang membezakannya adalah lokasi  ketumbuhan dan kandungan di dalam ketumbuhannya.

Apa itu Ovarian Fibroid?


Secara ringkasnya, boleh dikatakan fibroid ialah sejenis ketumbuhan ( bukan kanser) yang terdapat di dalam rahim atau sekitarnya.
Saiz fibroid adalah berbeza-beza – saiznya boleh jadi sangat kecil dan boleh juga mencapai saiz yang sangat besar hingga mengubah saiz rahim, sehingga adakalanya wanita kelihatan mengandung akibat kawasan abdomen yang membesar.
Faktor saiz fibroid yang sangat kecil juga menyebabkan kebanyakan antara kita tidak menyedari kehadirannya di dalam rahim, malah bertahun-tahun lamanya.
Jika dikesan sekalipun, sama ada ianya sudah membesar sehingga kehadirannya dirasai, ataupun simptom dan gejala yang ketara, ataupun dikesan semasa imbasan ultrabunyi ketika temujanji antenatal ibu hamil.
Terdapat 3 jenis fibroid iaitu:

  • 1. Pedunkel- fibroid yang terletak dalam/luar rahim melalui satu tangkai 
  • 2. Submukus - fibroid yang terletak dalam lining rahim
  • 3. Intramural - fibroid terletak pada dinding rahim (paling biasa terjadi)
  • 4. Subseros - fibroid yang terletak di luar kawasan rahim.

Apa itu Ovarian Cyst?
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Terdapat jenis-jenis cyst yang sering berlaku kepada wanita khususnya:

  • Follicle Cyst
  • Luteal Cyst
  • Endometroma Cyst
  • Cystadenoma 
  • Dermoid Cyst
  • Polycystic Ovari


Simptom-simpton mengesan Fibroid atau Cyst

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tangan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran

Jika anda ada salah satu simptom di atas, saya sangat sarankan untuk anda membuat temujanji dan bertemu pakar kesihatan reproduktif wanita segera. Pelbagai risiko boleh dialami dan lebih teruk lagi kemungkinan sel kanser boleh menyerang.

Ketahui punca-punca wanita berisiko mendapat Cyst dan Fibroid pada post seterusnya.



No comments:

Post a Comment