Wednesday, 15 March 2017

Punca Cyst dan Fibroid di Kalangan Wanita

Antara 4 faktor utama penyebab Cyst dan Fibroid adalah:

1. Hormon Estrogen berlebihan

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada hormon estrogen seseorang wanita. Jika hormon estrogen dan progestrogen dalam badan anda tidak seimbang, anda amat berisiko untuk mendapat penyakit ini. Baca info lanjut mengenai Cyst dan Fibroid di sini>> Kenali Cyst dan Fibroid

Keadaan seperti ini sangat ketara kepada mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility atau ketidaksuburan.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh meyebakan ketidakseimbangan pada hormon estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.


2. Lambakan xenoestrogen dalam tubuh badan wanita

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).




Dalam erti kata lain, ia adalah estrogen palsu yang berada di dalam badan seseorang wanita. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ni?

Estrogen sintetik yang terdapat dalam pil perancang dan juga terapi penggantian hormon sintetik konvensional. Sumber makanan daripada ternakan yang diberikan suntikan/ makan ubat estrogen dengan tujuan mempercepatkan tumbesaran & menggemukkan juga turut menjadi punca.


Selain itu, perkara-perkara lain menjadi punca terjadinya penyakit ini ialah, racun serangga (pesticides), bahan kimia Bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam botol plastik, asap ekzos kenderaan, produk kosmetik berkimia bahaya, pewangi berkimia bahaya, detergen berkimia bahaya dan makanan berbungkus serta makanan dalam tin.


3. Obesiti

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem dalam badan kita yang dipanggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan 'silent inflammation'. 

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malahan berisiko untuk mendapat penyakit termasuk kanser dan penyakit kronik lain.



4. Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko untuk mendapat cyst atau fibroid.

Jadi, sekiranya anda terdedah dengan faktor-faktor di atas, saya sarankan cubalah dapatkan nasihat doktor untuk membantu mengenali tahap kesihatan anda. Semoga perkongsian ini dapat memberi harapan baru untuk anda meneruskan kehidupan sebagai wanita yang normal dan bebas penyakit.


No comments:

Post a Comment