Friday, 24 March 2017

Nephrotic Syndrome - Kebocoran Penapis Buah Pinggang

Apa itu Nephrotic Syndrome?

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, terdapat sejenis penapis halus dipanggil glomeruli di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing. 

"Albumin adalah protein yang dihasilkan oleh hati adalah bagian terpenting dalam struktur plasma darah sehingga fungsi dari plasma darah bergantung kepada kualiti albumin dan kadar albumin yang terkandung di dalam darah"



Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. 




Proteinuria adalah kehadiran protein yang berlebihan dalam air kencing. Orang yang sihat, air kencing mengandungi protein sangat sedikit. Jika berlebihan ia akan menyebabkan penyakit protein atau ia sering menyebabkan air kencing menjadi berbuih. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.


Kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?
  • Boleh berlaku pada semua peringkat umur
  • Kerap berlaku pada kanak-kanak
  • Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 1 1/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
  • Bagi dewasa taburan jantina adalah sama
  • Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis
Apakah Gejala penyakit Nephrotic Syndrome?

  • Bengkak atau sembab anggota badan (Oedema)
  • Kencing berdarah (Haematuria)
  • Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan (Oliguria)
  • Kencing berbuih dan berbau busuk
  • Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
  • Kesihatan keseluruhan menurun
Apa itu Oedema?


Oedema merupakan tanda-tanda awal Neprotic Syndrome dan berlaku di dalam 95 – 99% kes. 
Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudiannya. 
Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). 
Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkala terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulit
Apa itu Haematuria ?


Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop
Apa itu Oliguria ?
Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu menambah kefahaman kita tentang penyakit ini dan diharap artikel ini memberi manfaat dan menambah pengetahuan kita bersama, InsyaAllah.







Tuesday, 21 March 2017

Kecutkan Cyst dan Fibroid- Petua dan Alternatif

Assalamualaikum.


Hari ini ingin saya kongsikan petua atau ikhtiar yang boleh diamalkan bagi wanita yang alami Fibroid atau Cyst. Terlebih dahulu, saya kongsikan tips yang diberi oleh pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat.



Anda juga boleh amalkan 8 tips pemakanan seperti di bawah:

#1: Ambil buah dan sayur

Salah satu pendekatan untuk menghilangkan fibroid ialah dengan mengamalkan pengambilan buah dan buah dan sayur pelbagai warna termasuk kekacang. Lebihkan yang organik.

#2: Elakkan mengambil makan diproses

Makanan diproses, dibekukan dan makanan dalam tin sebaiknya perlu dielakkan dan pilih makanan yang tidak diproses, segar, dan bebas daripada bahan kimia merbahaya.seperti racun perosak, antibiotik, dan racun serangga yang boleh mendatangkan malapetaka kepada badan.

#3: Makan makanan laut dalam

Makanan laut dalam seperti ikan salmon, ikan merah dan ikan laut dalam lain yang bebas toksid adalah sangat baik untuk sistem badan. Kurangkan pengambilan kerang atau siput yang berada dipersisir pantai yang boleh sebabkan badan menyerap toksin dari logam berat.

#4 : Elakkan makanan berkolestrol tinggi

Elakkamn mengambil makanan berkolestrol tinggi serta lemak tepu, termasuk makanan segera, makanan goreng, produk tenusu dan lain-lain.

#5 : Kurangkan pengambilan gula/ hentikan pengambilan gula diproses

Cuba untuk jauhkan diri dari mengambil gula putih diproses. Gula putih langsung tidak mempunyai nilai pemakanan dan boleh menggalakkan hormon estrogen.

#6: Banyakkan minum air masak

Hapuskan tabiat minum minuman berperisa, dan tukar kepada tabiat minum air masak supaya penyingkiran bahan toksid boleh berlaku.

# 7: Hadkan pengambilan garam:

Gunakan garam laut, elakkan garam terproses/sintetik. Garam laut mengandungu iodin, sama seperti ikan laut dalam yang mampu mengecutkan ketumbuhan.

#8 : Amalkan pengambilan makanan tambahan 

Pengambilan makanan tambahan, tinggi antioksida, dan penggalak hormon estrogen juga sanagt baik untuk diamalkan. Tapi, sangat disarankan untuk memilih makanan tambahan yang selamat dan berkesan serta 100% semulajadi seperti Shaklee.








Sebagai ikhtiar rawatan fibriod, disyorkan mendapatkan Vivix Shaklee.

Vivix Shaklee bukan sahaja membantu penyembuhan fibriod, malah VIVIX juga membantu perawatan untuk masalah cyst dan kanser termasuklah kanser, SLE Lupus, dan lain-lain iaitu diabetis, darah tinggi, stork dan sakit jantung. 

Saya sertakan himpunan testimoni VIVIX yang berjaya ke atas pesakit cyct dan fibroid. 


Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5



Anda ingin mencuba sebagai ikhtiar, atau mahu hadiahkan  VIVIX SHAKLEE kepada mereka yang tersayang?? 



BELI 2 BOTOL VIVIX SHAKLEE:  


  • PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE BERNILAI RM69.00
  • PERCUMA POS KE SELURUH MALAYSIA
  • DAPAT SEMULA BONUS TUNAI DARIPADA SHAKLEE BERNILAI RM34 
  • PENJIMATAN HAMPIR RM300.00 KESELURUHAN
TAWARAN KEAHLIAN SHAKLEE :

Melalui keahlian anda layak :

* Keahlian Shaklee Percuma (untuk pembelian minima 200uv keatas sahaja) 

* Bonus TUNAI ahli
* Pembelian pada harga ahli yang lebih jimat sehingga RM300.00 untuk 2 botol
* Bimbingan dan tunjuk ajar (panduan pemakanan dan panduan menjana pendapatan melalui bisnes Shaklee)


JOM HUBUNGI SAYA:

Wahida Ahmad
Tel: +6017-5894506
Facebook: Wahida Ahmad

Link berkaitan:

Kenali Cyst dan Fibroid
Punca Cyst dan Fibroid

Carian berkaitan:

Petua Cyst dan Fibroid
Rawatan alternatif cyst dan fibroid
Cyst dan Fibroid








Wednesday, 15 March 2017

Punca Cyst dan Fibroid di Kalangan Wanita

Antara 4 faktor utama penyebab Cyst dan Fibroid adalah:

1. Hormon Estrogen berlebihan

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada hormon estrogen seseorang wanita. Jika hormon estrogen dan progestrogen dalam badan anda tidak seimbang, anda amat berisiko untuk mendapat penyakit ini. Baca info lanjut mengenai Cyst dan Fibroid di sini>> Kenali Cyst dan Fibroid

Keadaan seperti ini sangat ketara kepada mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility atau ketidaksuburan.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh meyebakan ketidakseimbangan pada hormon estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.


2. Lambakan xenoestrogen dalam tubuh badan wanita

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).




Dalam erti kata lain, ia adalah estrogen palsu yang berada di dalam badan seseorang wanita. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ni?

Estrogen sintetik yang terdapat dalam pil perancang dan juga terapi penggantian hormon sintetik konvensional. Sumber makanan daripada ternakan yang diberikan suntikan/ makan ubat estrogen dengan tujuan mempercepatkan tumbesaran & menggemukkan juga turut menjadi punca.


Selain itu, perkara-perkara lain menjadi punca terjadinya penyakit ini ialah, racun serangga (pesticides), bahan kimia Bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam botol plastik, asap ekzos kenderaan, produk kosmetik berkimia bahaya, pewangi berkimia bahaya, detergen berkimia bahaya dan makanan berbungkus serta makanan dalam tin.


3. Obesiti

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem dalam badan kita yang dipanggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan 'silent inflammation'. 

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malahan berisiko untuk mendapat penyakit termasuk kanser dan penyakit kronik lain.



4. Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko untuk mendapat cyst atau fibroid.

Jadi, sekiranya anda terdedah dengan faktor-faktor di atas, saya sarankan cubalah dapatkan nasihat doktor untuk membantu mengenali tahap kesihatan anda. Semoga perkongsian ini dapat memberi harapan baru untuk anda meneruskan kehidupan sebagai wanita yang normal dan bebas penyakit.


Tuesday, 14 March 2017

Kenali Cyst dan Fibroid

Ovarian cyst dan fibroid 

Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya adalah sejenis ketumbuhan. Ramai antara kita yang menyangka Cyst (Ovarian cyst) dan Fibroid ( Uterine Fibroids ) adalah benda yang sama . Tetapi sebenarnya ianya adalah berbeza. Apa yang membezakannya adalah lokasi  ketumbuhan dan kandungan di dalam ketumbuhannya.

Apa itu Ovarian Fibroid?


Secara ringkasnya, boleh dikatakan fibroid ialah sejenis ketumbuhan ( bukan kanser) yang terdapat di dalam rahim atau sekitarnya.
Saiz fibroid adalah berbeza-beza – saiznya boleh jadi sangat kecil dan boleh juga mencapai saiz yang sangat besar hingga mengubah saiz rahim, sehingga adakalanya wanita kelihatan mengandung akibat kawasan abdomen yang membesar.
Faktor saiz fibroid yang sangat kecil juga menyebabkan kebanyakan antara kita tidak menyedari kehadirannya di dalam rahim, malah bertahun-tahun lamanya.
Jika dikesan sekalipun, sama ada ianya sudah membesar sehingga kehadirannya dirasai, ataupun simptom dan gejala yang ketara, ataupun dikesan semasa imbasan ultrabunyi ketika temujanji antenatal ibu hamil.
Terdapat 3 jenis fibroid iaitu:

  • 1. Pedunkel- fibroid yang terletak dalam/luar rahim melalui satu tangkai 
  • 2. Submukus - fibroid yang terletak dalam lining rahim
  • 3. Intramural - fibroid terletak pada dinding rahim (paling biasa terjadi)
  • 4. Subseros - fibroid yang terletak di luar kawasan rahim.

Apa itu Ovarian Cyst?
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Terdapat jenis-jenis cyst yang sering berlaku kepada wanita khususnya:

  • Follicle Cyst
  • Luteal Cyst
  • Endometroma Cyst
  • Cystadenoma 
  • Dermoid Cyst
  • Polycystic Ovari


Simptom-simpton mengesan Fibroid atau Cyst

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tangan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran

Jika anda ada salah satu simptom di atas, saya sangat sarankan untuk anda membuat temujanji dan bertemu pakar kesihatan reproduktif wanita segera. Pelbagai risiko boleh dialami dan lebih teruk lagi kemungkinan sel kanser boleh menyerang.

Ketahui punca-punca wanita berisiko mendapat Cyst dan Fibroid pada post seterusnya.



Kawal Bacaan Gula Pesakit Diabetis Tanpa Ubat

1. Bawang Putih 
Bawang putih mengandungi allicin dan flavonoid yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan memberikan perlindungan imuniti badan.
2. Ikan Salmon 
Ikan salmon kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras gula di dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti badan terhadap tindakan insulin.
3. Kekacang

Kekacang seperti seperti badam, cashews,walnut dan kacang tanah membantu badan meningkatkan kerintangan ke atas insulin.
4. Soya 
Soya dicadangakan oleh para doktor sebagai diet yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah kerana ia mengandungi protein yang lengkap tanpa kolesterol dan kurang lemak. Soya dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua. Tetapi, waspada dengan soya GMO (Genetically modified) di pasaran yang membahayakan kesihatan. Pilih NON-GMO soya. 
5. Peria 
Nutrisi phytokimia di dalam sayur peria yang pahit membantu badan menurunkan paras gula dalam badan.
6. Teh Hijau 
Teh hijau mengandungi antioksidan tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan. Teh hijau menjadi amalan masyarakat Cina dan Jepun dalam menurunkan kadar gula di dalam darah dan mengelakkan diabetes.
7. Pengambilan makanan tambahan:
Apa itu Vivix?
Antara fungsi utama vivix adalah memberi tenaga dan meningkatkan keupayaan pada sel. Apabila sel-sel mendapat tenaga yang mencukupi maka dapatlah ia mengawal kadar gula dalam darah ke tahap normal.Vivix yang mengandungi resveratoral, iaitu sejenis bahan yang berperanan untuk membantu mengawal bacaan gula dalam darah dengan cara memperbaiki sensitivity insulin supaya insulin akan buat kerja tukar gula jadi tenaga- bukan biarkan gula begitu sahaja.
Vivix juga membantu menghasilkan semula tisu yang sihat dan memperbaiki sistem saraf yang rosak yang mengganggu pengaliran darah untuk merawat luka.
Vivix Pilihan Terbaik Pesakit Diabetis

Harga sebotol Vivix hanya RM475 dan ianya boleh bertahan selama sebulan. Khas untuk yang membeli daripada saya, anda akan mendapat keahlian Shaklee percuma (bernilai RM69).

Hubungi saya sekarang di nombor yang tertera:

Wahida Ahmad
+6017-5894506


Monday, 13 March 2017

Ketahui Bacaan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak buat sambungan dari entry sebelum ni yang bertajuk Awas Ancaman Kencing Manis entry kali ni saya nak terangkan pula tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes. 

Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?

Saya yakin ramai antara kita yang tertanya, betul ke, nak ambil bacaan darah tak boleh makan, kena puasa beberapa jam.

Sebenarnya waktu untuk membuat ujian kadar gula dalam darah adalah bergantung kepada situasi dan keadaan seseorang individu. Biasanya terdapat 4 waktu atau situasi yang membolehkan seseorang doktor ataupun individu mendapatkan bacaan kadar gula dalam darah :

  • (FBS) Fasting Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan dimana individu tersebut telah berpuasa sekurang kurangnya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
  • (2HPP) 2-Hour Postprandial Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan terhadap individua selepas 2jam individu terbabit mula makan. Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.
  • (RBS) Random Blood Sugar atau ujian kadar gula secara rawak ini dilakukan tanpa individu terbabit berpuasa sebelum membuat ujian. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tiggi, kemungkinan besar megidap diabetes. Tetapi ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut. Perlu ujian selanjutnya.
  • (OGTT) Oral Glucose Tolarance Test yang ini ramai yag biasa dengar kan? Khas buat ibu2 hamil utk pemeriksaan samada mengidap diabetes atau sebaliknya. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk diuji uusebelum dan selepas diberi minum air gula.Diabetes merbahaya untuk ibu hamil.

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Kita selalu tertanya-tanya kan? Sebenarnya bacaan kadar gula dalam darah yang diambil boleh dikategorikan kepada 3 peringkat. Bacaan ini hanya diambil kira untuk situasi Fasting Blood Sugar (FBS), 2-Hour Postprandial Bload sugar (2HPP) dan Random Blood Sugar(RSB). Untuk OGTT perlu refer jadual lain. Bila anda buat self checking di rumah, kadang tu ada yang masih kurang yakin boleh check bacaan kita based on info di bawah ni:



  • ~ Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes. 
  • ~ Bacaan dari 5.7-6.4mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)

Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Tapi sekiranya anda membuat pemeriksaa pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP) bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.
  • ~ Bacaan dari 6.5 mmol/L atau 126mg/dL ke atas (Diabetes)

Jika anda mendapat bacaan 6.5mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), anda adalah penghidap diabetes. 

Sila dapatkan nasihat doktor segera.


Anda kena tahu petua-petua turunkan bacaan gula diabetis. Boleh baca pada entry seterusnya. Klik di sini