Thursday, 8 December 2016

Tips Elak Makan Berat untuk Dinner

Sekarang ni terlalu mudah mendapatkan segala macam jenis makanan di sekeliling kita .😱😱
Macam saya, lepas kerja tekak dan perut seolah-olah selalu ‘meminta-minta’ untuk diisi supaya makan malam yang berat-berat.
Selalunya, untuk mendapatkan badan yang sihat, anda perlu mengetahui isyarat-isyarat yang terdapat pada badan anda.

Jika anda sudah mengenali isyarat-isyarat ini, anda akan berjaya mengawal minda dan tekak anda dalam pemilihan dan corak pemakanan harian anda.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Antara tips nak elak makan malam yang berat:
🌈Makan setiap 4 jam- 5 jam
Cuba setkan jam anda. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 – 5 jam selepas anda menikmati makanan yang seimbang.
Contoh:
Breakfast: 9.00am
Lunch: 1.00pm
Dinner: 6.00pm
Makan pada waktu yang tetap akan membuatkan tahap gula dalam darah dan tenaga anda sentiasa berada dalam keadaan stabil.
🌈Tidak skip sarapan
Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.
Memang betul ni. Jangan praktis ambil breakfast yang berat macam nasi lemak dan roti canai. Kalau saya, nanti jadi lagi lapar.
🌈Kalau lapar sangat ambil snek yang kaya dengan fiber
Fiber boleh membantu anda untuk berasa kenyang dan menyebabkan anda akan berasa kenyang hampir sepanjang hari.
Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek anda.
Elakkan roti


🌈Tambahkan protein sihat ke dalam makanan harian
Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.
Saya amalkan ambil ESP Shaklee waktu breakfast setiap hari without fail. Bila lunch makan sikit pun tak jadi masalah.

🌈Minum at least 2 liter air kosong.
Paling penting ni. Dulu memang susah juga nak ikut, tapi sekarang macam tak lengkap tak ambil 3 liter sehari.
Yang paling penting, kena kental mental dan fizikal untuk elakkan ambil makanan berat. Biasakan diri dan disiplin kena tinggi ok.

No comments:

Post a Comment