Wednesday, 21 December 2016

Tips Bahagi Masa Berniaga dan Bekerja Hakiki



Walaupun ramai yang berniaga sambilan kat rumah, tak kurang juga yang ingin lakukannya sambil memegang jawatan-jawatan kerja di pejabat. Saya salah seorang.😂😂
Lagipun, memang ramai peniaga & usahawan yang berjaya hari ni bermula secara sambilan sambil-sambil kerja.
Tapi nak seimbangkan keperluan perniagaan dan permintaan tempat kerja, memang bukan mudah. Saya alami sendiri. Susah jugak! Tapi kena pandai atur la!
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Saya nak kongsi tips yang saya ambil dari IREACH.MY untuk peniaga sambil bekerja yang perlu ditanam dalam diri:
.
🍃 Berniaga BUKAN Priority No 2
Ramai yang berniaga sambilan sambil kerja kononnya begitu dedikasi dengan urusan pejabat sampai tak sempat nak mengerjakan perniagaan mereka. Antara alasan yang biasanya saya terima ialah tak sempat nak urus perniagaan sebab,
-kerja di pejabat begitu menimbun
-sentiasa kerja sampai lewat malam
-ada juga yang mengeluh tiada masa dengan anak-anak & pasangan bila sampai di rumah.
Hehe, saya pun ada bagi alasan ni.. :P :P :P
Tapi kalau dari awal dah mengalah, macam mana nak harap perniagaan yang kita usahakan secara sambilan ni nak betul-betul berjaya, kan?
Hmm... betul jugak!
.
.
🍃JANGAN Berniaga Sambilan Sambil Lewa
Antara contoh-contoh sifat sambil lewa ialah,
-dah rancang nak siapkan sesuatu tapi bila tiba masanya masih tiada apa-apa
-tak rasa bersalah langsung jika perkara-perkara penting tertangguh-tangguh
-lebih selesa menonton drama atau filem berbanding urusan yg masih bertangguh <<< idok ler sampai ke situ! hihi..
Buffer kan ada. Pakai buffer boleh auto update sales kita tau!
.
🍃Cari Penyelesaian BUKAN Mengalah
Konsep berniaga ialah kita dibayar atau mendapat untung atas kebolehan kita menyelesaikan masalah orang lain.
Try to solve customer problems, don't give up. Lagi besar masalah lagi untung yer..
Ambil serius urusan perniagaan sambilan kita. Jika endah tak endah hanya kerana tidak rasa memerlukannya hari ini, tapi percayalah mesti akan menyesal di kemudian hari tidak bersungguh-sungguh sejak awal. Erghhhh takutnya!! 😨😨
Cuma risau pada masa itu, segala-galanya sudah terlambat, kos rawatan berpuluh ribu yang pihak insuran tak lindungi, umur 50 tapi masih belum memiliki rumah sendiri atau hutang beratus ribu masih belum dilangsaikan.

Jika anda juga salah seorang yang berpandangan jauh, pasti anda inginkan persiapan awal, kan?
💪💪💪💪💪💪
Kuatkan diri kita, bekerja sambil berbisnes!

No comments:

Post a Comment