Saturday, 10 December 2016

Kenali Pengasas Shaklee Corporation, Dr. Forrest C. Shaklee



Dr.Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®
.
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep“Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.
.
Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.
.
Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropractic care.
.
Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bertambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.
.
Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.

.
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternative.
.
Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.
.
Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.
.
Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser.
.
Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’.
.
Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.
.
Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar.
.
Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan.
.
Sehingga 2016, Shaklee kini berusia 101 tahun.. Lebih 100 tahun..
Shaklee kekal no.1 pilihan multivitamin dunia.
No wonder Shaklee ni world no .1 multivitamin ðŸ’ªðŸ’ª


No comments:

Post a Comment