Saturday, 31 December 2016

Pengalaman Musim Hujan

Musim hujan dah menjelma. Mujur banyak majlis kenduri, tapi cuaca mengizinkan. Semalam dan dua hari sebelum, hujan agak lebat.
Kalau musim hujan kena extra rajin jaga kesihatan diri. Sebab musim hujan ni penyakit atau virus selalu ada. Dulu kecik-kecik, mak selalu spare ubat demam 'kortal'. Kalau demam ja makan tu. Tak sedap. Hehe..
Sekarang wajib spare immune protection dan multivitamins untuk elak virus serang kita. Ya la, nak bekerja dan buat macam-macam aktiviti tiap hari, kalau badan tak sihat, spoil la kan..

Boost your immune system. With Shaklee products.
Boleh whatsap atau Pm untuk pertanyaan lanjut k.
Wahida
Shaklee Independent Distributor
017-5894506

Friday, 30 December 2016

Buang Angin dengan Alfalfa Complex







Kalau makan angin mana-mana, Alfalfa Complex jadi bekalan wajib sekarang.
Bukan apa. Kalau pi jenjalan selalunya makan tak ikut masa. Kalau pi negeri orang, ada makanan yang tak serasi dengan kita. Contohnya macam suami saya memang sensitif makanan yang sejuk/berangin macam pulut.
Teringat masa ke Terengganu tempoh hari. Berangin perut sebab makan nasi dagang. Muntah dari malam hingga pagi. Nasi dagang kan macam beras pulut, pastu minum pulak air kelapa. Pusing kepala. Tak jalan sangat.
Bagusnya time tu kalau ada Alfalfa complex mesti tak da masalah angin.
Vitamin kegemaran dan menjadi kewajipan untuk ambil tentulah Alfalfa Complex. Buat sebagai vitamin harian. Badan rasa ringan dan bagi pencernaan yang bagus.
Nak try?
Boleh la order dgn Wahida.

Thursday, 29 December 2016

Bisnes Shaklee, Semua Di Hujung Jari

Dalam bisnes Shaklee, setiap hari kami dapat pendedahan ilmu baru.
Antaranya:
🌸🌸🌸🌸🌸
1. Info produk dan tatacara pengambilan
2. Live update/webinar cara konsultasi dan 'close deal'
3. Kelas marketing (FB, Blog, Instagram dan social media lain)
4. Kerohanian dan motivasi
5. Bengkel dan sharing di branch Shaklee.
🌸🌸🌸🌸🌸
Semua di atas MESTI kena selari untuk maintain dan berjaya dalam bisnes ni. Supaya kami biasa dengan apa situasi pun dan consult customer sampai dorang berjaya dapat apa yang dorang nak.
Penting tu
Antara kelas bermanfaat adalah kelas marketing social media. Untuk saya, cara marketing yang betul sangat penting untuk dapatkan the best result in business.
Sekarang musim projek marketing dalam IReach group yang kami panggil 'tsunami shaklee 2.0'. Alhamdulillah ramai yang berjaya improve skill, dan lebih penting, berjaya tambah 'gaji' sebab berjaya naik Rank. Untuk 'gaji' tengah Disember nanti, ada yang berjaya dapat sampai lima angka. Suri rumah hokay! Saya pun dapat target short term! Yahooo!!! 💪💪
Dulu saya pun pernah ada negative minded pasal menjual ni. Pernah terfikir, ada ka orang nak beli dengan saya, ada ka orang cari produk-produk macam ni. Tak susah ka nak jual supplement?
Tapi bila dah meniaga dan join projek marketing ni, saya sendiri tengok pun tak percaya, walaupun limited time sebab saya bekerja sambil berniaga, sekarang hampir setiap hari order masuk. Bukan nak menunjuk, jauh sekali riak, tapi saya sendiri pun masih tak terbayang yang saya berjaya buat! Mari berHahahaha!
Syukur sangat! Akhamdulillah.. :) ramai rupanya masih tak tau tentang kehadiran Shaklee. Ramai tercari-cari the best health supplement.👍👍
Ada yang teringin nak buat bisnes juga tapi nak dengan modal kecil? Gaji selalu tak cukup?Teringin nak ada gaji kedua? Nak rasa gaji masuk tengah bulan? Dengan Shaklee boleh sangat!
Meh pm atau whatsap.
Toksah malu atau sombong! Rugi tau! 💁
Nurul Wahida Ahmad
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
017-5894506
ID: 1234831

Wednesday, 28 December 2016

Pakar Set Kulit Cantik Shaklee

Kulit anda mempamerkan apa yang berlaku di dalam badan anda, dan semua penyakit kulit, psoriasis kepada jerawat dan penuaan, adalah berkaitan keperluan dalaman badan anda, termasuk keperluan pemakanan.
Pernah tak anda tengok ada yang berkulit wajah 'Flawles' tapi, kulit tangan @ badan seperti tak setona. Mesti ada yang tak kena dengan pemakaian rawatan luaran atau pemakanan. Sebab tu pentingnya konsultasi dan nasihat tatacara pemakanan supaya pemakanan yang di ambil beri kesan yang hebat.
Kalau digabungkan dengan diet yang baik, makanan tambahan yang betul boleh membantu menjaga kulit anda bukan sahaja sihat, tetapi juga bertahun-tahun lebih muda. :) :) :)






Set Kecantikan Shaklee:
1. Vitamin C.
Antara penemuan dermatologi baru yang terpenting adalah kuasa Vitamin C untuk menangani kesan pendedahan matahari. Ia berfungsi dengan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, hasil sampingan berbahaya daripada cahaya matahari, asap, dan pencemaran. Radikal bebas akan musnahkan kolagen dan elastin, gentian yang menyokong struktur kulit, yang akan menyebabkan kedut dan tanda-tanda penuaan.
Sebotol Vitamin C Shaklee ini boleh bertahan sehingga 6 bulan. Berbaloi kan? :)

2. Vitamin E.
Kajian menunjukkan bahawa, seperti vitamin C, antioksidan kuat ini membantu mengurangkan kesan-kesan berbahaya daripada matahari pada kulit. Pengambilan 400 unit antarabangsa (IU) vitamin E setiap hari dikatakan mampu mengurangkan risiko kerosakan matahari kepada sel-sel dan juga mengurangkan penghasilan sel-sel yang menyebabkan kanser.
Sebotol Vitamin E Shaklee ini boleh bertahan sehingga 4 bulan bermaksud value for money kan?

3. Vitamin B Complex
Vitamin B yang paling penting adalah Biotin, nutrien yang membentuk asas kulit, kuku, dan sel-sel rambut. Tanpa jumlah yang mencukupi, anda mungkin berakhir dengan dermatitis (satu reaksi kulit bersisik gatal) atau kadangkala keguguran rambut. Kadangkala kekurangan yang sedikit sudah boleh menimbulkan gejala tidak elok. Badan anda boleh menghasilkan banyak Biotin, dan nutrien ini juga diperolehi dalam banyak makanan, termasuk pisang, telur, oat, dan beras.
Mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
Vitamin B Complex Shaklee ini boleh bertahan sehingga 4 bulan tau. Jimat!

Saya sendiri pun sudah rasai kesan Set Penjagaan Kulit ni dan menjadi kepakaran saya untuk menjual. Sebab saya makan, saya cari ilmu dan saya jual.

Jadi mommies, adik-adik manis, kalau anda rasa mahu sihat dan cantik, bolehlah mencuba Set ni.

Selain daripada kecantikan sebenarnya setiap vitamin ini boleh ‘menutupi’ kekurangan zat-zat yang diperlukan oleh badan kita.
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.
Wahida Ahmad
017-5894506
SID: 1234831

Tuesday, 27 December 2016

Turun Naik Dalam Perniagaan

Dalam berniaga,kadang-kadang ada ketika semangat jadi turun naik.
Ada certain time, kita rasa down. Mula nak fikir bukan-bukan. Kalau saya lebih memilih untuk luah perasaan, tak suka simpan-simpan. Kalau simpan, nak buat kerja lain jadi tak boleh fokus.
Selalunya, kalau rasa down, saya share dengan my bestfriend. Bestfriendku, suamiku. :) :) Even, kadang-kadang tu saya degil, tak dengar cakap, suami tetap menyokong, bagi kata-kata semangat dan nasihat. Selalu buat kita jadipositif semula.
Selain tu, family memang support bisnes, mak ayah,mertua, kakak, abang, ipar duai semuanya support bisnes dan kerjaya saya. Alhamdulillah.. :)
Dan of course, my leader mama Asilah Azmi dan Nurul Hidayah Zakaria, setiap hari bagi semangat. Setiap jam support saya. Kadang tu terfikir, mesti diorang lagi stress, sebab group bisnes dorang lagi besar. Tapi dorang tak bagi peluang anak Shaklee rasa down. Terharu dapat sokongan yang tak putus dari mereka. :')


Terima kasih semua. You are my inspiration :)

Monday, 26 December 2016

Perubahan Positif dalam Diri Semenjak Kenal Shaklee

Dalam bisnes Shaklee ni, saya belajar banyak pekara baru dan perubahan utama yang saya notis dalam diri saya

1.TIDAK MUDAH PUTUS ASA
Sejak join Shaklee saya percaya kelebihan dan belajar untuk tidak putus asa. Dengan support yang tak putus dari Shaklee members dan leaders, memang rasa highly motivated untuk close target. Walaupun dekat dengan hari closing,masih belum putus asa untuk naikkan rank setiap bulan.
Orang putih kata, 'fight till you die'..




2. DEKATKAN DIRI PADA PENCIPTA

Sejak mula join Shaklee, upline sering ingatkan anak-anak Shaklee supaya utamakan solat. Solat di awal waktu, buka pintu rezeki. Alhamdulillah sikit-sikit saya rasa perubahan dalam diri saya.

Selain itu, dalam group juga ada jalankan program khatam Al-Quran setiap minggu. Iaitu pada hari Sabtu hingga Khamis. Pada setiap awal minggu kami disarankan baca 10 muka Al Quran seminggu termasuk surah Al-Kahfi pada hari jumaat. Rasa lebih terbuka hati untuk mengerjakan amalan sunat ni sebab sentiasa dapat dorongan dan reminder. Alhamdulillah.. Serious rasa lebih tenang dan kadang-kadang terdetik, mudahnya dikurniakan rezeki.









Sunday, 25 December 2016

Destinasi Cuti Sekolah 2016-Perlis Indera Kayangan

Cuti sekolah dah mula. Anda dah buat plan cuti??
Cuti sekolah lalu sempat bercuti dengan family nun hujung di utara, Perlis.
Basically kat Perlis tak tau nak ke mana mulanya. Tapi bercuti dengan family ni lain. Memang best even tak jalan-jalan sangat. Yang penting, dapat spend time together.
Sabtu 26 November, 11 pagi dah gerak ke Perlis, sampai Kangar lebih kurang jan 3 petang. 4 jam dalam jammed all the way from Mergong to Kangar.
Mungkin ramai nak ke negara jiran, Thailand.
Kami menginap di Lamanda Homestay, Jalan Kangar-Padang Besar. Thanks to tuan Homestay, Lamanda Homestay & Wedding/Event Venue - Perlis. Nice house dan bersih.





Lamanda Homestay ni for us memang srategic location. Sebab dekat dengan pekan Kangar, Kuala Perlis dan Padang besar. From Lamanda to these places took half an hour.
Lamanda Homestay highly recommended untuk yang nak short vacation dalam suasana kampung.
Sampai di homestay, semua anak buah saya yang 6 orang tu sangat excited, sebab ada kolam memancing sekali. Geng dewasa pun over excited juga.
Kami berjaya pancing lebih kurang 50 ekor ikan tau. Mana tak banyak, buang umpan sekali 5 orang, siap buat competition siapa paling cepat dapat ikan. Tapi seriously memang letak saja umpan tak sempat 5 minit, dah dapat. Seronok budak-budak tu compete. Jadi motivate sebab nak compete punya pasal. Semua ikan lapar agaknya. Hehehe.




Letih memancing, malam tu sempat ke Kuala Perlis, makan kat foodcourt tepi jeti. Banyak choice. Semua makan ringan sebab masing-masing kenyang lunch lambat.
Ahad 27 November, kami gerak ke Padang Besar, lebih kurang 2 jam spend time di sana. Kami sampai awal pukul 10am. Jadi tak ramai lagi orang, tak la crowded sangat. Lepas tu check out sempat ke kenduri kawin sedara dan gerak balik.

Even one night stay, memang best sangat!!

Bulan 12 ada satu lagi vacation berdua dengan suami. Ke mana?
Tunggu update in my blog :) :)




Saturday, 24 December 2016

Satu Vivix Satu Keluarga

Kalau saya boleh beri satu produk Shaklee untuk setiap keluarga di Malaysia, saya akan bagi Vivix.

Vivix ni tonix ajaib. Antioksida dari peringkat selular. Mampu merawat diabetis dan penyakit berkaitan usia yang lain.
Vivix ni boleh diamalkan boleh seisi keluarga tau.. Mula Dari umur 1 tahun dah boleh ambil.
Untuk mak-mak pulak kalau ambil ni jadi awet muda, bertenaga, bebas penyakit, kulit pun halus..
Jom hadiahkan untuk keluarga.
Banyak lagi kelebihan Vivix ni. Nak tau lagi meh WhatsApp saya k.

Friday, 23 December 2016

Dimana Saya 20 Tahun Akan Datang?

How do you see yourself 20 years ahead?
Let my mind and my dreams flow freely and write it down.
20 tahun akan datang, cuma satu impian penting:
Moga dipanjangkan umur aku, suami, mak ayah,anak-anak dan semua ahli keluarga,sihat, bahagia dan taat pada Allah swt.
Dari sekarang kena usaha, untuk kehidupan akan datang and hereafter.
Planning:
-Saya nak bina rumah di tanah sendiri, design sendiri
-Umrah/Haji dah ditunaikan
-Sedekah jariah tak diabaikan
-Saya bebas merantau negara orang
-Sihat tubuh badan
But, Allah's plan is better than your dreams kan.

:) :) :)

Thursday, 22 December 2016

Vitamin Pilihan Harian Saya



Ni semua vitamin yang saya amalkan dan menjadi favorite saya. Habis ja wajib restock :)
Awal pagi minum ‪ESP dulu, sementara nak ke tengahari tu perut kejap la, tak la craving nasi lemak, roti canai bagai.
Lepas tu ambil vitamin C untuk kulit dan GLA untuk kesihatan wanita.
Kemudian lepas lunch ambil Alfalfa Complex. Detoks balik makanan yang kita ambil dinner semalam.
Untuk dinner, boleh ambil ESP, maksimum 3 sudu sehari tau. Kemudian ambil Alfalfa Complex untuk detoks lunch tadi. Jarakkan pengambilan dan elakkan caffiene dua jam sebelum dan selepas ambil vitamin.
Sebelum tidur, tak lupa Vita-C dan GLA Complex.
Mahal ka harganya?? Haha...Actually, vitamin-vitamin ni semua murah je kalau nak compare dengan rawatan hospital yang sangat mahal bila dah kena penyakit tau.
Tahan berbulan tau vitamin-vitamin ni, Vita-C, 6 bulan hokay! :) :)
Mencegah lebih baik daripada mengubati.
InshaAllah..

Wednesday, 21 December 2016

Tips Bahagi Masa Berniaga dan Bekerja Hakiki



Walaupun ramai yang berniaga sambilan kat rumah, tak kurang juga yang ingin lakukannya sambil memegang jawatan-jawatan kerja di pejabat. Saya salah seorang.😂😂
Lagipun, memang ramai peniaga & usahawan yang berjaya hari ni bermula secara sambilan sambil-sambil kerja.
Tapi nak seimbangkan keperluan perniagaan dan permintaan tempat kerja, memang bukan mudah. Saya alami sendiri. Susah jugak! Tapi kena pandai atur la!
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Saya nak kongsi tips yang saya ambil dari IREACH.MY untuk peniaga sambil bekerja yang perlu ditanam dalam diri:
.
🍃 Berniaga BUKAN Priority No 2
Ramai yang berniaga sambilan sambil kerja kononnya begitu dedikasi dengan urusan pejabat sampai tak sempat nak mengerjakan perniagaan mereka. Antara alasan yang biasanya saya terima ialah tak sempat nak urus perniagaan sebab,
-kerja di pejabat begitu menimbun
-sentiasa kerja sampai lewat malam
-ada juga yang mengeluh tiada masa dengan anak-anak & pasangan bila sampai di rumah.
Hehe, saya pun ada bagi alasan ni.. :P :P :P
Tapi kalau dari awal dah mengalah, macam mana nak harap perniagaan yang kita usahakan secara sambilan ni nak betul-betul berjaya, kan?
Hmm... betul jugak!
.
.
🍃JANGAN Berniaga Sambilan Sambil Lewa
Antara contoh-contoh sifat sambil lewa ialah,
-dah rancang nak siapkan sesuatu tapi bila tiba masanya masih tiada apa-apa
-tak rasa bersalah langsung jika perkara-perkara penting tertangguh-tangguh
-lebih selesa menonton drama atau filem berbanding urusan yg masih bertangguh <<< idok ler sampai ke situ! hihi..
Buffer kan ada. Pakai buffer boleh auto update sales kita tau!
.
🍃Cari Penyelesaian BUKAN Mengalah
Konsep berniaga ialah kita dibayar atau mendapat untung atas kebolehan kita menyelesaikan masalah orang lain.
Try to solve customer problems, don't give up. Lagi besar masalah lagi untung yer..
Ambil serius urusan perniagaan sambilan kita. Jika endah tak endah hanya kerana tidak rasa memerlukannya hari ini, tapi percayalah mesti akan menyesal di kemudian hari tidak bersungguh-sungguh sejak awal. Erghhhh takutnya!! 😨😨
Cuma risau pada masa itu, segala-galanya sudah terlambat, kos rawatan berpuluh ribu yang pihak insuran tak lindungi, umur 50 tapi masih belum memiliki rumah sendiri atau hutang beratus ribu masih belum dilangsaikan.

Jika anda juga salah seorang yang berpandangan jauh, pasti anda inginkan persiapan awal, kan?
💪💪💪💪💪💪
Kuatkan diri kita, bekerja sambil berbisnes!