Kulit anda mempamerkan apa yang berlaku di dalam badan anda, dan semua penyakit kulit, psoriasis kepada jerawat dan penuaan, adalah berkaitan keperluan dalaman badan anda, termasuk keperluan pemakanan.
Pernah tak anda tengok ada yang berkulit wajah 'Flawles' tapi, kulit tangan @ badan seperti tak setona. Mesti ada yang tak kena dengan pemakaian rawatan luaran atau pemakanan. Sebab tu pentingnya konsultasi dan nasihat tatacara pemakanan supaya pemakanan yang di ambil beri kesan yang hebat.
Set Kecantikan Shaklee:
1. Vitamin C.
Antara penemuan dermatologi baru yang terpenting adalah kuasa Vitamin C untuk menangani kesan pendedahan matahari. Ia berfungsi dengan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, hasil sampingan berbahaya daripada cahaya matahari, asap, dan pencemaran. Radikal bebas akan musnahkan kolagen dan elastin, gentian yang menyokong struktur kulit, yang akan menyebabkan kedut dan tanda-tanda penuaan.
Sebotol Vitamin C Shaklee ini boleh bertahan sehingga 6 bulan. Berbaloi kan?
:)
2. Vitamin E.
Kajian menunjukkan bahawa, seperti vitamin C, antioksidan kuat ini membantu mengurangkan kesan-kesan berbahaya daripada matahari pada kulit. Pengambilan 400 unit antarabangsa (IU) vitamin E setiap hari dikatakan mampu mengurangkan risiko kerosakan matahari kepada sel-sel dan juga mengurangkan penghasilan sel-sel yang menyebabkan kanser.
Sebotol Vitamin E Shaklee ini boleh bertahan sehingga 4 bulan bermaksud value for money kan?
3. Vitamin B Complex
Vitamin B yang paling penting adalah Biotin, nutrien yang membentuk asas kulit, kuku, dan sel-sel rambut. Tanpa jumlah yang mencukupi, anda mungkin berakhir dengan dermatitis (satu reaksi kulit bersisik gatal) atau kadangkala keguguran rambut. Kadangkala kekurangan yang sedikit sudah boleh menimbulkan gejala tidak elok. Badan anda boleh menghasilkan banyak Biotin, dan nutrien ini juga diperolehi dalam banyak makanan, termasuk pisang, telur, oat, dan beras.
Mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
Vitamin B Complex Shaklee ini boleh bertahan sehingga 4 bulan tau. Jimat!
Saya sendiri pun sudah rasai kesan Set Penjagaan Kulit ni dan menjadi kepakaran saya untuk menjual. Sebab saya makan, saya cari ilmu dan saya jual.
Jadi mommies, adik-adik manis, kalau anda rasa mahu sihat dan cantik, bolehlah mencuba Set ni.
Selain daripada kecantikan sebenarnya setiap vitamin ini boleh ‘menutupi’ kekurangan zat-zat yang diperlukan oleh badan kita.
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.
Wahida Ahmad
017-5894506
SID: 1234831